Kejam Pelik

3 Terapi Kesihatan ‘Pelik’ & ‘Dahsyat’ Di Seluruh Dunia!

Siapa je yang tak mahu cantik? Semua orang di dunia pasti mahu kelihatan cantik dan berpenampilan menarik. Disebabkan itu ramai yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk diri mereka sendiri.

Botox, pembedahan plastik atau cucuk vitamin semua tu perkara biasa yang dilakukan, namun ada beberapa terapi kecantikan dan kesihatan pelik dan unik dari seluruh dunia, yang mungkin korang tak pernah dengar.

Urutan ular

Siapa yang ada phobia dengan ular tu better tak payah try terapi ni!

Untuk pengetahuan korang, di Israel ada sebuah spa di kawasan Talmei Elazar yang menawarkan terapi kecantikan dan kesihatan yang lain dari yang lain iaitu urutan ular. Kalau tak silap, negara Indonesia pun ada menawarkan perkhidmatan serupa.

Ular-ular ini akan bergerak ke seluruh tubuh termasuk muka pelanggan, tapi jangan risau sebab ular-ular ini dikatakan tidak berbisa.

Gambar Hiasan

Dikatakan terapi ini bagus untuk meredakan sakit kepala…well kalau admin, boleh trauma weh! Bayaran untuk rawatan tersebut ialah AS$250 bersamaan RM798.37.

Mandi Ramen

Ramen ini sangat ikonik di Jepun sehingga ia dijadikan rawatan spa.

Yunessun Spa House, sebuah taman tema spa di Hakone, Jepun, menawarkan para pengunjung untuk berendam dalam mangkuk ramen gergasi yang dikatakan dapat meningkatkan metabolisme dan memperbaiki keadaan kulit.

Gambar Hiasan

Namun yang beragama Islam tak payah lah try okay, sebab mereka menggunakan kuah daging babi…Korang jangan nak mengada try pulak!

Mandi Pasir Gunung Berapi

Sekali lagi terapi kesihatan dan kecantikan di negara matahari terbit. Mungkin korang dah biasa dengar tentang mandi lumpur atau ditimbus dengan pasir kan? Kali ini pasir dari gunung berapi dijadikan sebagai medium untuk rawatan spa.

Gambar Hiasan

Menariknya, di Jepun rawatan ini merupakan sesuatu yang normal okay!

Malah difahamkan kawasan mandi tradisional seperti Yamakawa Sand Baths yang terletak di Kagoshima dipanaskan oleh gunung berapi berhampiran..panas asli guys, bukan dipanaskan macam masak air tu.

So amacam? Ada yang berani nak try?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: