Berita gembira buat umat islam di seluruh dunia apabila Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais mengumumkan yang dua masjid suci umat islam iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis Covid-19 ditangani.
Pengumuman itu dimuatnaik menerusi twitter HaramainInfo hari ini.
“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam bahawa keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.
“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,”
Arab Saudi sebelum ini menghentikan sementara solat tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah termasuk ibadah umrah, bertujuan bagi mengekan penularan Covid-19, lapor Sinar Harian.
Sehingga kini, Arab Saudi mencatat sebanyak 20,077 kes Covid-19.