Global Isu Semasa

Doktor Meninggal Dunia Angkara Pesakit Covid-19 Sorok Status Positif!

Seorang doktor dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas merawat seorang pesakit yang rahsiakan status positif wabak tersebut.

Mangsa, Dr Berkatnu Indrawan yang merupakan doktor di Rumah Sakit Umum Daerah Dr Soewandhie di Surabaya meninggal dunia pada Isnin lalu, lapor Harian Metro.

Difahamkan yang doktor tersebut telah merawat seorang individu dari Pemalang yang telah dijangkit virus itu.

Beberapa hari kemudian, dilaporkan doktor tersebut mengalami asma yang teruk.

“Doktor itu petugas barisan hadapan untuk merawat Covid-19 namun pesakitnya tidak bersikap jujur ketika menerima rawatan

“Disebabkan itu, doktor berkenaan dijangkiti tanpa disedarinya,”

Koordinator Kesihatan Penugasan Covid-19 Surabaya, Febria Rachmanita

Katanya Dr Berkatnu kemudiannya diberi rawatan sebelum mendapatkan ujian Covid-19 dah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan.

Selepas dirawat selama 3 minggu, doktor tersebut dikatakan telah pulih malah ujian susulan menunjukkan yang dia negatif Covid-19.

Namun kesihatannya semakin merosot apabila jantungnya dikatakan membengkak sebelum dia dilaporkan meninggal dunia.

Allahu, angkara individu pentingkan diri, orang lain jadi mangsa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: