Kejam Pelik

Tegur Masakan Kurang Garam, Isteri Tikam Suami 35 Kali!

Pernah tak korang kritik atau tegur masakan emak, kakak atau isteri korang? Sama ada tak cukup masin,tawar, pedas sangat atau apa-apa lah! Make sure lepas ni korang cakap elok-elok, atau lebih baik korang telan je makanan tu.

Kejadian yang berlaku di Penza, Barat Rusia ni akan mengejutkan korang especially para suami di luar sana apabila seorang lelaki ditikam kerana mengadu hidangan yang dimasak isterinya kurang garam.

Menurut vitdaily kisah bermula apabila Evgania, 31 tahun memasak hidangan kepada tetamu yang hadir ke rumah mereka sebelum suaminya, Slava Davydkin, 43 tahun menegur yang masakan isterinya itu tidak cukup masin.

Evgania dan Slava

Pasangan itu kemudiannya bertengkar hanya kerana ‘kurang garam’ yang menyebabkan masakan Evgania dikatakan hambar. Suaminya berkata masakan isterinya itu tak ada rasa maka ia bermakna isterinya itu tidak mencintainya…hah pulak dah!

Dorang bergaduh cukup lama, malah berterusan sehingga pasangan tetamu mereka masuk tidur. Rupanya mereka tidak hanya bertengkar sebaliknya dilaporkan Slava turut memukul isterinya itu.

Keadaan makin teruk bila Evgania memasang niat untuk membunuh suaminya itu, so dia tunggu sampai Slava masuk tidur sebelum menikam lelaki itu sebanyak 35 kali sehingga lelaki itu benar-benar mati.

So, lepas je Evgania melakukan perbuatan kejam itu, dia lantas mengejutkan tetamu lelaki di rumahnya dan mintak tolong untuk menghubungi ambulans.

Pisau diguna Evgania

Paramedik yang tiba di rumah pasangan berkenaan mengesahkan lelaki itu mati di tempat kejadian. Rupanya hasil siasatan polis, memaklumkan bahawa itu bukan kali pertama pasangan itu bertengkar, rupanya dah banyak kali.

Bagaimanapun laporan tidak menyebut menu yang dimasak wanita itu.

Kepada para suami, pastikan korang berfikir sebelum nak tegur masakan bini tercinta, kalau rasa takut sangat, ajak je makan kat luar!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: