Isu Semasa Malaysia

Suami Yang Ada Isteri Lebih Dari Seorang, Kena Dapatkan Kebenaran Polis Untuk Lawat Isteri Lain

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat dinasihatkan untuk duduk di rumah dah keluar hanya bila perlu.

Semalam baru keluar kenyataan terkini bahawa 2 orang dari keluarga yang sama dibenarkan keluar sekali namun hanya untuk membeli barang keperluan atau mendapatkan khidmat perubatan sahaja.

Bukan itu sahaja, perkembangan terkini dimaklumkan bahawa

lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri perlu mendapatkan kebenaran polis jika mahu bergerak lebih 10 kilometer (km) radius dari rumah untuk melawat isterinya yang lain.

Namun ia bukannya mudah, polis akan mempertimbangkan dan meneliti alasan permohonan sebelum ia diluluskan atau sebaliknya, lapor Berita Harian.

Gambar hiasan

“Seperti prosedur operasi standard (SOP) digariskan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang awam dibenarkan bergerak lebih 10km radius atas sebab tertentu termasuk hal kecemasan namun perlu menyertakan dokumen dan bukti.”

“Kalau ada yang melawat isteri lain di kawasan berbeza, mereka perlu membuat permohonan di balai terdekat. Polis akan teliti permohonan berkenaan dan terpulang kepada mereka untuk meluluskan permohonan itu atau sebaliknya.”– Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin

Kepada cik abang, jangan lupa minta kebenaran isteri pertama juga yer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: