Isu Semasa Malaysia

“Etnik Rohingya di M’sia tiada hak kemuka tuntutan kepada kerajaan”- Menteri KDN

Hasil semakan Kementerian Dalam Negeri mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata justeru mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik tersebut di negara ini adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh dikenakan tindakan undang-undang, lapor Malaysia Gazette.

“Oleh yang demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan,”

Gambar hiasan

Katanya lagi kerajaan juga tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan di negara ini termasuk Rohingya walaupun kumpulan ini memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Sebaliknya kumpulan tersebut diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,”

Datuk Seri Hamzah Zainudin

Untuk makluman Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 malah tiada sebarang bentuk perundangan atau pentadbiran berkait mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

Sehingga Mac tahun ini seramai 179,521 pemegang kad UNHCR yang menetap secara sementara di Malaysia dengan 56.6 peratus atau bersamaan 101,584 daripada mereka ialah Rohingya.

Fuh! So sekarang rasanya dah jelas isu ni….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: