Isu Semasa Malaysia

“Mereka PATI, Malaysia tak pernah iktiraf status pelarian Rohingya”- Menteri Dalam Negeri

“Mereka diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin PATI”

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan kerajaan tidak pernah mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya di negara ini meskipun mereka mempunyai kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Ujarnya golongan tersebut sebaliknya diklasifikasikan sebagai PATI.

“Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR menerusi dasar ‘satu kes ke satu kes’,”

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Katanya Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967 dan tidak mempunyai rangka kerja perundangan yang mengawal status dan pelarian di negara ini, lapor Malaysia Gazette.

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, malah Datuk Seri Hamzah berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) juga tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di negara ini.

Justeru, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.

Malah pemegang kad UNHCR etnik Rohingya juga tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan tuntutan kepada kerajaan.

Sehingga Mac 2020, seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dengan 56.6 peratus atau 101,584 daripadanya merupakan etnik Rohingya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: