Kejam Sedih

Tahukan Anda? Mayat Charlie Chaplin Pernah Diculik, Penjenayah Minta Tebusan Lebih RM2 Juta!

Siapa tak kenal dengan Charllie Chaplin, seorang pelakon komedi British yang berjaya menempa nama dalam industri perfileman pada abad ke-20.

Malah namanya sentiasa meniti di bibir umum dengan gaya bersahajanya memakai ‘topi bowler’ , bertongkat serta berkumis kontot yang dianggap lucu oleh peminatnya dari dulu hingga kini.

Beliau dilahirkan pada 16 April 1889 di London England dalam keluarga yang serba kekurangan dan miskin sebelum di berjaya mengubah nasib keluarganya selepas menjadi ‘bintang terkenal’ dan memasuki dunia glamor layar perak.

Namun berita kematian Charlie Chaplin sedikit sebanyak ‘menyuramkan’ industri seni di barat selepas pemergian figura terkenal itu pada 1977 di usia 88 tahun di rumahnya yang terletak di Corsier-sur-Vevey, Tasik Geneva, Switzerland.

Balu terima panggilan ‘aneh’ lepas 3 bulan pemergian Charlie

Kehilangan Charlie Chaplin pasti dirasai bukan sahaja peminatnya tapi sudah tentu balunya, Lady Oona dan anak-anak mereka, namun kesedihan itu tidak terhenti dengan berita pemergian Charlien Chaplin sebaliknya lebih daripada itu.

Korang bayangkan selepas 3 bulan pemergian Charlie Chaplin, keluarganya menerima satu panggilan ‘aneh’ daripada pihak polis..pulak dah, kenapa ni!

Tanggal Mac 1978 pasti memahatkan ingatan duka buat balunya, apabila polis maklumkan Charlie tiada di makamnya.

Okay guys, ini bukan sebahagian daripada drama ataupun mayat bangkit dari kubur tapi apa yang jadi memang tak masuk akal. Polis memaklumkan yang kubur Charlie digali dan mayatnya dicuri.

Kalau korang berhadapan dengan situasi ni, apa yang korang akan fikir? Malang bertimpa satu persatu, dah lah kehilangan orang tersayang, lepas tu mayatnya pula dicuri.

Penculik minta wang pampasan lebih RM2 juta kalau nak mayat Charlie

Persoalan kepada tragedi aneh itu akhirnya terjawab lepas keluarga Charlie terima panggilan daripada lelaki misteri yang mengaku bertanggungjawab melakukan ‘perkara’ sedemikian.

‘Pencuri Mayat’ Charlie meminta wang tebusan $600,000 bersamaan lebih RM2 juta sebagai wang tebusan sekiranya mereka mahu mayat pelawak terkenal itu dipulangkan.

Tapi tak semudah itu guys, sebab keluarga Charlie tak ‘gentar’ pun dengan ugutan lelaki misteri tersebut.

So disebabkan mereka enggan membayar wang tebusan, penjahat tersebut mengugut pulak akan menculik anak-anak Lady Oona kalau permintaannya tak ditunaikan, namun wanita itu tetap tak mahu bayar wang tebusan tersebut.

Korang bayangkan kes ni menemui jalan buntu sehingga berminggu-minggu lamanya and of course pihak media timbulkan pelbagai spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Tapi ramai tak tahu, sedang negara kecoh dengan kisah kehilangan dan spekulasi yang berlegar pasal mayat Charlie yang ‘diculik’ rupa-rupanya mayat pelakon komedi klasik yang membintangi filem Modern Times (1936) dan The Great Dictator (1940) itu sedang berada di dalam kerandanya dan ditanam di salah sebuah ladang jagung.

Kalau korang nak tahu, penjenayah yang bertanggungjawab menggali kubur dan mencuri mayat Charlie Chaplin merupakan dua orang mekanik bernama Roman Wardas dari Poland dan seorang lagi ialah Gantscho Ganev dari Bulgaria.

Plan A polis gagal, namun Plan B polis berjaya tangkap penculik sampai…

Lepas je dah kantoi siapa dalang kepada ‘penculikan mayat’ tersebut, polis pun come up la dengan strategi untuk umpan penjenayah tu dengan bersetuju untuk bayar wang palsu namun usaha itu gagal.

Pihak polis lepas tu arahkan setiap 200 pondok telefon awam di sekitar kawasan kediaman Charlie dipantau setiap seorang anggota penyiasat. Teknik tersebut membuahkan hasil sehingga kepada penangkapan Wardas dan Ganev.

Rupanya Wardas yang lebih muda daripada Ganev adalah dalang dalam kes kecurian mayat Charlie ini. Dia sebenarnya dibebani dengan masalah kewangan.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara dan kerja buruh terhadap Wardas selama empat tahun setengah manakala Ganev pula telah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan.

Kes ini merupakan satu kejadian trauma kepada keluarga mendiang Charlie Chaplin. Mayat pelakon dan pelawak terkenal itu sekali lagi disemadikan, kali ini siap dengan lapisan konkrit bagi mengelak kejadian yang sama berulang lagi.

Kedua-dua penjenayah itu merasa bersalah di atas perbuatan mereka mencuri mayat mendiang Charlie.

Menurut salah seorang anak mendiang iaitu Eugene, penjenayah itu pernah menulis surat kepada ibunya untuk memohon maaf. Lady Oona kemudian membalas surat mereka dengan menyatakan dia telahpun memaafkan perbuatan kedua-dua lelaki itu.

Pada tahun 2014, sebuah filem Perancis bertajuk “The Price of Fame” telah dihasilkan. Ia menceritakan mengenai kisah mayat Charlie Chaplin yang dicuri empat dekad yang lalu.

Kes mencuri mayat ini sebenarnya telah lama berlaku. Perbuatan Wardas dan Ganev juga sebenarnya diinspirasikan oleh salah satu kes yang terkenal sebelum itu.

Para penyiasat percaya mereka diilhamkan oleh satu rancangan berani yang pernah dilakukan untuk mencuri mayat Presiden Abraham Lincoln. Namun, plan itu juga berjaya digagalkan.

Fuhh susah jugak jadi orang terkenal ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: