Isu Semasa Malaysia

Datuk Dr Noor Hisham Rayu Rakyat M’sia Patuh Amalan Sosial Selepas 4 Mei

“Dua kriteria penting harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia ialah terus mengamalkan normal baharu dan keduanya adalah pemerkasaan komuniti – tanggungjawab bersama untuk memantau tahap kepatuhan sosial. Kalau tak laksanakan, maka tujuan kita untuk kawal (COVID-19) pun mungkin tak tercapai,”

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.

Ia sekaligus memberi kebenaran kepada banyak sektor ekonomi membuka kembali perkhidmatan dan urusan mereka.

Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya terus amalkan kepatuhan sosial selepas sektor-sektor ekonomi ini dibuka.

“Jika normal baharu diabaikan, akhirnya usaha keras kerajaan untuk meratakan lengkungan jangkitan COVID-19 melalui empat fasa PKP sebelum ini akan menjadi sia-sia.”

“Yang penting, apabila kita buka semula ekonomi kita, kita ada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) itu perlu dipatuhi. Tetapi kita rayu kepada rakyat malaysia untuk amalkan kepatuhan sosial, tanggung bersama dan terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”

Dalam sidang media hariannya di Putrajaya hari ini berkata rakyat Malaysia perlu sedar yang Covid-19 ini sentiasa berada dalam komuniti, sekaligus perlu belajar untuk mengawal penularan wabak tersebut, lapor Astro Awani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: