Isu Semasa Malaysia

M’sia Bakal Berdepan Covid-19 Gelombang Kedua? Rakyat Jangan Bimbang – Ismail Sabri

Ramai seakan bimbang selepas kerajaan membuat keputusan membuka semula banyak sektor ekonomi bermula 4 Mei ini, malah ramai yang menjangkakan Malaysia akan menjadi seperti Hokkaido, Jepun yang dilanda Covid-19 gelombang kedua.

Persoalannya ada Malaysia betul-betul bersedia dengan keputusan yang dibuat?

Pendekatan yang digunakan kerajaan Malaysia dalam menangani COVID-19 adalah berbeza dengan pelaksanaan di Hokkaido Jepun kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber : Malay Mail

Ujarnya meskipun negara membuka banyak sektor ekonomi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei ini, namun pintu negara masih ditutup untuk kemasukan warga asing, lapor Astro Awani.

“Sampai hari ini kita tidak benarkan (kemasukan warga asing). Lapangan terbang kita tidak menerima warga asing dan rakyat kita yang balik dari luar negara pun akan dikuarantin wajib.”

“(Langkah) ini untuk menyekat kes-kes import seperti yang berlaku di Hokkaido. Jadi ada perbezaan antara kita dengan Hokkaido kerana kita tidak menerima warga luar,”

Susulan itu beliau meminta rakyat untuk tidak bimbang kemungkinan Malaysia berdepan gelombang kedua Covid-19 seperti Hokkaido, susulan langkah diambil negara itu menamatkan perintah berkurung lebih awal.

Sumber : DW
Sumber : DW

Malah katanya, kerajaan juga mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan-kawasan yang menunjukkan peningkatan kes positif COVID-19.

Jadi Malaysia adalah lebih bersedia kerana pendekatan adalah berbeza iaitu dengan memfokuskan kepada kawasan-kawasan bersasar.

Sebelum ini Hokkaido yang mempunyai populasi 5.3 juta penduduk dilaporkan berdepan gelombang kedua selepas menamatkan perintah berkurung lebih awal pada 19 Mac lalu selepas mencatatkan kes jangkita 1 digit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: