Global Isu Semasa

Puluhan Mayat Covid-19 Di New York Ditinggalkan Terbiar Dalam Lori

Sehingga artikel ini ditulis, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif tertinggi global dengan 1.12 juta kes serta pertambahan lebih 32 ribu kes dalam masa 24 jam.

Daripada jumlah itu New York mencatat kes tertinggi dengan 314,318 kes positi beserta lebih 24 ribu kematian.

Terbaru polis New York menemukan puluhan mayat terbiar di dalam lori tanpa pendingin di luar rumah mayat di Brooklyn.

Malah New York Times turut melaporkan puluhan mayat tersebut turut diletakkan di atas lantai di sebuah premis pada Rabu lalu.

Sumber : New York Times

Menurut sumber antara 40 hingga 60 mayat dibiarkan di dalam lori di luar Andrew Cleckley Funeral Services di Flatlands, malah sebilangannya turut dibiarkan di atas lantai bangunan tersebut.

Cairan yang keluar dari dalam bungkusan mayat mengeluarkan bau busuk menyebabkan penduduk sekitar membuat aduan kepada pihak polis.

Salah seorang penduduk, John DiPietro yang merupakan pemilik salah sebuah kedai mendakwa mayat tersebut telah disimpan di dalam trak itu berminggu-minggu lamanya sejak Covid-19 menyerang AS.

“Anda tidak menghormati orang mati dengan cara itu. Mungkin ayah saya, saudara saya,”

“Anda sepatutnya tidak melakukan hal itu kepada orang mati.”

Menurut rumah mayat, mayat-mayat terbiar itu sepatutnya dibawa ke tempat bakar mayat, bagaimanapun ia tidak dilakukan sedemikian.

Dilaporkan yang mayat tersebut disimpan dalam trak selepas peti sejuk milik rumah mayat tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Di satu sisi manusia mati akibat virus COVID-19, di sisi lain manusia yang mati diperlakukan tidak berperikemanusiaan.”

Allahu kesiannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: