Isu Semasa Malaysia

Polis Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas Jaga Sekatan Jalan Op Covid-19

Seorang anggota polis maut selepas dirempuh ketika bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya LEKAS awal pagi Ahad.

Mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 tahun dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh kereta pacuan empat roda, lapor mStar.

Lebih mengecewakan, pemandu kenderaan tersebut dipercayai dibawah pengaruh alkohol.

Video boleh tengok SINI.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.12 pagi itu, Allahyarham sedang bertugas menjaga kawalan di SJR berkenaan, sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun merempuh sekatan sehingga menyebabkan mangsa dihempap kenderaan berkenaan yang terbalik.

Jenazah Koperal Safwan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang sementara suspek turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: