Isu Semasa Malaysia

[TERKINI] 4 Sekeluarga Boleh Naik Kereta Bersama – Ismail Sabri

Perkembangan terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat sekeluarga boleh menaiki kenderaan persendirian bersama.

Ujarnya perkara itu tidak menjadi isu kerana melibatkan ahli keluarga yang sama, lapor Harian Metro.

“Kita tahu tiada penjarakan sosial berlaku di rumah. Setiap keluarga makan dan tidur bersama. Oleh itu kerajaan membenakan kenderaan persendirian boleh dinaiki maksimum empat orang dan mestilah dari keluarga sama dan rumah yang sama.

“Saya percaya akan ada ingkar dan membawa kawan. Perlu diingatkan sesiapa yang ingkar akan dikenakan tindakan,”

Gambar hiasan

Bercakap pada sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau pada masa sama mengingatkan kepada kakitangan awam dan swasta yang akan bekerja esok untuk amalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri.

Malah kapasiti penumpang pengangkutan awam juga perlu dihadkan separuh daripada jumlah sebenar.

“Pengguna dan pengendali kenderaan awam perlu sentiasa patuh garis panduan dan memastikan penjarakan sosial dan kebersihan diri. Sebagai contoh tempat menunggu bas, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) perlu patuh penjarakan sosial,”

“Sebagai contoh jika bas muat 40 penumpang, mereka hanya dibenarkan ambil 20 penumpang sahaja dalam satu masa. Begitu juga dengan LRT, MRT dan sebagainya.

“Begitu juga dengan tempat berdiri, perlu ditandakan seperti berdiri di dalam lif sebelum ini,”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: