Inspirasi WOW

Raih Lebih 5k Shares, Ini Resepi Jjajangmyeon Versi Halal Yang Menyelerakan Boleh Korang Try!

Buat peminat rancangan korea, mesti dah selalu lihat atau dengar pasal ‘Jjajangmyeon’atau lebih dikenali sebagai Blackbean Noodles.

Kalau dalam drama atau filem korea, kita selalu tengok pelakonnya makan dengan berselera sekali sehingga membuatkan kita terliur untuk mencubanya.

Well korang tak perlu risau untuk simpan duit ke Korea semata-mata nak try Jjajangmyeon ni, sebaliknya korang boleh buat sendiri.

Jom kita try resipi Jjajangmyeon Zurina Zulkefli ni sambil tonton drama korea!

Bahan-bahan untuk membuat kuah Blackbean :

  1. Mula2 buat caramel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit2 hangus.

2. Tumbuk sampai hancur 3 sudu besar taucu untuk dijadikan pes.

3. Sediakan satu mangkuk besar, kemudian isi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gandum, masukkan juga pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lagi bagus) dan akhir sekali caramel, make sure Kacau sehingga sebati.

4. Masakkan kuah campuran tadi di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat macam dodol.

5. Kemudian tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

Bahan-bahan untuk memasak Jjajangmyeon

  1. Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawang holland, pastikan semua bahan dipotong dadu.

2. Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak (kacau sampai masak).

3. Masukkan 3 sudu pes blackbean dan kacau sampai rata.

4. Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

5. Boleh tambah sikit sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk penambah perasa

Untuk mee

Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.

Dah siap!

So sekarang korang boleh masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya dihiasi dengan hirisan timun.

Jangan lupa kacau dahulu meenya baru makan!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: