Isu Semasa Malaysia

Bebas Bergerak Rentas Daerah & Tiada Lagi Larangan Keluar Selepas 10 Malam Dibawah PKPB!

Rasanya ramai dah sedar yang dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) banyak kelonggaran diberi kepada rakyat di negara ini.

Namun terbaru dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan…

“Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)…”

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.”

Katanya dalam peraturan baharu (PKPB) tiada had ditetapkan seperti sebelum ini.

Sementara itu berhubung perjalanan rentas negeri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata larangan masih terpakai bagaimanapun perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei dengan kebenaran pihak berkuasa, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini dibawah Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam “kawasan tempatan jangkitan” kecuali di kawasan PKPD, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: