Selepas 47 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, semalam tanggal 4 ‘Mei’ menyaksikan ramai rakyat Malaysia kembali menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Malah sekatan jalan pun semakin berkurangan selepas rakyat di negara ini sudah mula dibenarkan untuk bergerak melebihi 10km radius (perjalanan rentas negeri belum dibenarkan lagi).
“Last day penugasan kami…”
Susulan itu, pasukan petugas keselamatan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mula dilihat menutup sekatan jalan yang dilakukan dan beransur mengundur diri dari lokasi mereka ditugaskan sebelum ini.
Perkongsian Negeri Sembilan Kini di laman facebook yang memuatnaik foto hari terakhir anggota keselamatan bertugas mengundang sebak ramai.

Dalam caption tersebut menyatakan yang ini merupakan malam terakhir mereka menjaga sekatan jalan di Plaza Tol Port Dickson setelah 47 hari mereka berkampung di sama.
Rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan para frontliners ini menjaga keselamatan awam.


Allahu sebak pulak, sebelum admin pun cuak bila lalu kat sekatan jalan walaupun tau tak buat salah pun haha…Terima kasih abang dan kakak polis serta askar!