Global Isu Semasa

Rakyat India Berpusu-pusu Beli Arak, Nak Raikan ‘Kelonggaran’ Perintah Lockdown

Setiap negara berbeza cara mereka meraikan kelonggaran perintah lockdown. Di India, kedai Arak laku keras sejak ia dibuka buat kali pertama selepas India melonggarkan perintah lockdown di negara itu.

Kedai minuman keras yang dibuka buat pertama kalinya selepas perintah lockdown selama 40 hari menerima kunjungan ramai sehingga terpaksa beratur panjang di hadapan kedai.

Salah seorang pembeli, Asit Banerjee, 55 tahun berkata arak memberinya tenaga untuk berdepan dengan Covid-19 lebih-lebih lagi ketika perintah lockdown dilaksanakan.

“Kami telah terkurung selama lebih satu bulan. Alkohol akan memberi tenaga kepada kami untuk menjaga jarak sosial semasa wabak.”

Malah lelaki itu sanggup berbaris panjang bagi membeli minuman keras, bagaimanapun polis mengawal ketat sekitar kawasan kedai berikutan ramai orang yang berbaris untuk membeli arak.

Korang boleh tengok antara aksi-aksi mereka ketika mendapat arak..happy betul!

Siapa ada yang berebut-rebut depan kedai lagi..

Perintah lockdown kerajaan India sebelum ini pada 24 Mac menyaksikan hampir semua perniagaan dan aktiviti ekonomi ditutup bertujuan bagi menghentikan penularan Covid-19.

Bagaimanapun kelonggaran perintah lockdown oleh kerajaan India menyaksikan beberapa aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi dengan salah satunya ialah kedai arak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: