Isu Semasa Malaysia

Muktamad! Tiada Caj Tambahan Ke Atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli Konvensional Dan Syariah

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Katanya, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan perbankan mengenai isu tersebut.

“Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu.

“Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan),”

Menjelas lanjut, katanya peminjam hanya perlu sambung bayar ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian yang dibuat dengan bank masing-masing.

Katanya ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan, sekiranya peminjam memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut, lapor Berita Harian.

Tengku Zafrul berkata diharap keputusan itu dapat meringankan beban rakyat dalam mendepani musim Covid-19 di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: