Isu Semasa Malaysia

TERKINI : Ziarah Hari Raya Antara Daerah TIDAK DIBENARKAN – Ismail Sabri

Meski pergerakan rentas daerah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan namun ianya berbeza ketika sambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan…

Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.

Katanya tidak semua pergerakan dibenarkan ketika ini, meskipun sudah tiada had masa ditetapkan, begitu juga aktiviti sosial dan sukan, lapor Berita Harian.

“Contohnya, permainan bola sepak masih tidak dibenarkan kerana ia berada dalam senarai negatif namun sukan lain seperti badmintan dan golf dibenarkan”

“Seperti diumumkan Perdana Menteri pulang ke kampung untuk berhari raya tidak dibenarkan,”

Pada masa sama beliau menasihatkan orang ramai untuk terus patuh dengan kawalan kendiri meskipun PKPB memberi banyak kelonggaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: