Isu Semasa Malaysia

[TERKINI] Perlis Benarkan Solat Jumaat 15 Mei Ini

Perlis jadi negeri pertama di Malaysia yang membenarkan solat Jumaat dilakukan dengan bersyarat iaitu pada Jumaat minggu depan, 15 Mei.

Bagaimanapun jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat mestilah tidak melebihi 12 orang termasuk imam/khatib, dan tidak lebih 3 orang dengan hanya pegawai masjid dan ahli jawatankuasa masjid sahaja yang dibenarkan, lapor Bernama.

Perkara itu diumumkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Baginda yang merupakan Yang Dipertua MAIPs bertitah bagaimanapun kebenaran tidak tertakluk kepada masyarakat awam susulan ancaman penularan wabak Covid-19 masih berlaku.

Berikut merupakan antara titah baginda :

“Masjid tidak boleh dibuka kepada orang ramai sebaliknya mereka yang dibenarkan menunaikan Solat Jumaat ialah pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa masjid sahaja. Jemaah perlu membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekod kehadiran di buku kedatangan.

“Mereka yang berumur 60 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir, selain mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit barah juga tidak dibenarkan,”

  • Jemaah yang hadir perlu pakai penutup hidung dan mulut
  • Mematuhi penjarakann sosial sekurang-kurangnya 2 meter ketika solat
  • Perlu berwuduk lebih awal sebelum tiba di masjid
  • Bawa sejadah sendiri
  • Solat di ruang terbuka seperti anjung masjid
  • Tempoh bermula azan hingga selesai solat hanya 15 minit
  • Tidak dibenarkan melakukan kontak fizikal seperti bersalaman

Malah pengerusi masjid perlu memastikan semua syarat tersebut dipatuhi, namun sekiranya ia gagal dipatuhi, kebenaran solat jumaat akan ditarik balik.

Peraturan itu dibuat selepas mendapat pandangan Jabatan Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muzakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Kementerian Kesihatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: