Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khasnya memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan bagi tempoh 4 minggu lagi.
“Usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya, langkah masih perlu diambil untuk perangi wabak ini. Rakyat mahukan kerajaan ambil langkah wajar perangi wabak ini. Atas nasihat KKM dan MKN, saya umumkan PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun iaitu 4 minggu lagi.”
Jelasnya ini bermakna semua SOP yang dilaksanakan di bawah PKPB akan berkuat kuasa sehingga tarikh berkenaan.
Katanya, sebarang perubahan mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa.