Isu Semasa Malaysia

[TERKINI] Penjawat Awam & Pesara Terima Bantuan Khas Aidilfitri 20 Mei Ini

Berita baik buat penjawat awam dan pesara di negara ini sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka akan menerima bantuan khas seperti tahun-tahun sebelumnya.

Jadi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020, layak untuk terima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500, lapor Bernama.

Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020, kerajaan memutuskan bantuan khas itu yang akan dibayar pada 20 Mei ini dengan pesara kerajaan menerima pencen turut menerima bantuan berjumlah RM250- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Gambar hiasan

Ini merupakan pegawai yang layak mendapat Bantuan Khas Aidilfitri :

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘contract of service’
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.Bantuan Khas Aidilfitri ini akan dibayar oleh agensi yang terima peminjaman pegawai.

Dalam pekeliling itu turut menyatakan bahawa…

“Bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada guru interim; pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapatkan khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya,”

Ujarnya lagi, Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 turut akan terima bantuan khas RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuatkuasa 30 hari berturut-turut, sekurang-kurangnya.

“Pesara yang dilantik semula secara ‘contract of service’ dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 layak diberi bantuan khas itu sebanyak RM500.

“Pembayaran RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya RM250 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: