Travel

Pencinta Kucing! Ini 5 Destinasi Popular ‘Si Meow’ Di Seluruh Dunia

Setiap orang yang pergi melancong pasti mempunyai tujuan mereka tertentu, sama ada untuk melawati tempat bersejarah, lokasi membeli-belah, alam semulajadi dan banyak lagi.

Tapi untuk pencinta kucing sekalian, ini 5 lokasi popular di seluruh dunia untuk korang bertemu dengan si bulus .

1 . Aoshima Island, Jepun

Jepun mempunyai banyak lokasi tarikan melibatkan si bulus namun yang paling terkenal ialah Aoshima Island. Merupakan pulau keempat terbesar di Jepun dan juga dikenali sebagai Pulau Kucing. Dikatakan lebih 200 kucing ‘bermastautin’ di kawasan yang didiami lebih 500 penduduk itu.

Korang akan nampak kucing di merata-rata kawasan, atas jalan, dalam bot, tepi kedai, dalam kereta sorong dan macam-macam lagi.

Jangan ketinggalan untuk bermain dengan si bulus ini sebab mereka sangat mudah didekati dan manja.

2. Largo di Torre Argentina, Rom

Berbeza di Dataran Kuno Rom ini, yang menjadi ‘rumah’ bagi banyak kucing liar.

Malah lokasi ni boleh dikatakan sebagai tempat perlindungan tempatan yang dikendalikan golongan sukarelawan.

3. KattenKabinet, Amsterdam

Kali ini gambar, poster, lukisan dan koleksi kucing sebenar diabadikan dalam sebuah Muzium yang besar.

Diasaskan pada 1990 oleh seorang lelaki yang menjadikan bangunan ini sebagai tempat memorial kucingnya yang bernama, Tom.

4. Mann Cat Santuary, Isle Of Mann

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan salah satu lokasi yang ramai kunjungi di Santon, Isle Of Mann dan ditemui pada 1966.

Kucing-kucing kat sini tidak bertuan namun tetap dijaga dengan baik dan tinggal di sebuah lokasi seluas 6 ekar yang dibuat khas untuk mereka.

5. The Greek Island of Syros

Lokasi ini juga merupakan sebuah pulau, sama seperti Aoshima Island, Jepun. Namun The Greek Island of Syros ini merupakan tempat perlindung lebih 60 ekor kucing yang dijaga penduduk tempatan.

Malah kucing-kucing di sana juga bersedia untuk menjadi ‘anak angkat’ korang tau.

So macam mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: