Travel

Blue Boat House: Ini Kisah Sebelum Ia Jadi Destinasi Popular Di Perth

Sesiapa sahaja yang ke Perth, pasti tak melepaskan peluang untuk bergambar di Blue Boat House, satu bangsa berwarna biru yang terletak di Swan River iaitu beberapa minit dari Central Business District.

Tapi tahukah anda mengenai sejarah lokasi paling instagrammable di Perth ini?

Nama asal Blue Boat House ini sebenarnya ialah Crawley Edge Boatshed dan ia dimiliki oleh keluarga Natrass yang dibina pada 1940an.

Sumber : ABC
Sumber : ABC

Namun 60 tahun kemudian iaitu pada 2001, keadaan bangsal ini sudah tidak terurus dan dikatakan ia bakal dirobohkan. Jadi disebabkan tidak mahu nilai estetik bangsal itu hilang, keluarga Natrass mengambil keputusan untuk membaiki bangsal itu.

Mereka memilih warna biru untuk ‘wajah baru’ bangsal tersebut yang anda boleh lihat sehingga kini. Malah pihak Western Australia pun membantu melakukan penambahbaikan pada bangsa itu dengan menambah fasiliti baharu antaranya tanda awam yang berharga kira-kira A$400,000 atau kira-kira lebih RM 1 juta.

Sumber : ABC
Sumber : ABC

Persoalannya bagaimana Blue Boat House ini jadi begitu popular?

Difahamkan Blue Boat House ni mula mendapat perhatian selepas ia dibaikpulih, namun semakin viral bila influencer-influencer dari China dan Korea Selatan post di media sosial mereka.

Malah artikel yang dikeluarkan CNN pada 2019 meletakkan Blue Boat House sebagai lokasi paling ‘instagrammable’ di Perth.

Macam mana nak ke Blue Boat House?

Ha! Jangan risau khususnya buat yang pertama kali ke Perth. Sebab Blue Boat House ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Perth.

Dan sekiranya anda berada di King’s Park and Botany Garden, anda boleh berjalan kaki sahaja ke sini.

Cuma dinasihatkan anda untuk datang pada awal pagi supaya lebih masa untuk merakam gambar dan tak perlu beratur panjang untuk bergambar kat sini.

So apa lagi? Tapi apa-apa pun biarlah lepas wabak Covid-19 ni selesai yer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: