Isu Semasa Malaysia

Masjid Negara Dibuka Untuk Solat Berjemaah, Solat Jumaat & Terawih Hari ini – JAKIM

Kebenaran untuk solat jumaat, solat berjemaah dan solat terawih bermula hari ini hanya membabitkan Masjid Negara iaitu salah satu daripada tiga masjid di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ini susulan hanya masjid tersebut yang berada dalam zon hijau buat masa ini.

“Masjid Negara akan memulakan pelaksanaan Solat Jumaat, solat berjemaah, solat Tarawih hari ini.

“Manakala dua buah masjid lagi iaitu Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya masih berada dalam zon kuning,”- Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya

Sumber : Berita Harian

Bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan, lapor Berita Harian.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak pentadbiran masjid terlebih dahulu dan tidak dibenarkan hadir ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti sebelum mendapat keizinan pentadbiran masjid.”

“Ini bagi mengelakkan berlakunya kehadiran jemaah yang di luar kawalan pihak masjid dan boleh menyebabkan penjarakan sosial yang tidak terkawal,”

Perlaksanaan solat berjemaah telah ditetapkan had jemaah tidak kurang daripada 3 orang dan tidak lebih 30 orang yang terdiri daripada pegawai dan kekitangan masjid serta jemaah yang ditentukan oleh pihak pentadbiran masjid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: