Isu Semasa Malaysia

PDRM Tawar Diskaun Bayaran Saman Hingga 50 Peratus!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 bagi bayaran sama terpilih yang dilakukan secara dalam talian bermula 18 hingga 21 Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memaklumkan diskaun bayaran saman tersebut sesuai dengan keadaan semasa kewangan yang dihadapi masyarakat di negara ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain persediaan menyambut aidilfitri, lapor Berita Harian.

Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal http://www.myeg.com.my dan http://www.rilek.com.my”

“Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini,”

Ia dibuka bertujuan untuk memudahkan orang ramai menjelaskan sama dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Kontinjen Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, kaunter akan dibuka pada Isnin dan Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta Jumaat (9 pagi hingga 12 tengah hari).

Manakala bagi kontinjen di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu pula, kaunter akan dibuka pada Isnin, Rabu serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Pada masa sama orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan sepanjang berurusan di kaunter.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: