Kepada mereka yang tak ada alasan untuk pulang ke kampung halaman atau merentas negeri, lebih baik korang tak payah berbuat demikian.
Dalam posting facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, mendedahkan bahawa 18 daripada 49 klusteri Covid-19 di negara ini adalah berkait rapat dengan aktiviti rentas negeri.
Kepada mereka yang merancang untuk ‘curi-curi’ melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM…
Malah KKM dalam postingnya juga ada mengingatkkan mereka yang diberi kebenaran untuk rentas negeri, supaya menjaga semua SOP demi keselamatan diri dan keluarga.
Malah ujar KKM lagi, larangan rentas negeri ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan rakyat sebaliknya untuk kesihatan dan keselamatan bersama.
Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima. Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.
Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.
So kawan-kawan, patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan #KitaMestiMenang