Inspirasi WOW

Ini Tradisi Unik Sambutan Hari Raya Dari 5 Negara, Jom Tengok!

Di Malaysia sendiri setiap negeri mempunyai cara masing-masing menyambut Hari Raya Aidilfitri, terutamanya dari segi juadah.

Tapi bagaimana pula dengan negara-negara lain yang mempunyai umat islam di negara mereka?

Turki

‘Bayram, merupakan kata nama lain bagi Hari Raya di Turki. Istimewanya di sana, setiap kali Hari Raya mereka akan memakai pakaian khas yang dinamakan Bayramlik.

Untuk pengetahuan semua, bagi rakyat Turki yang menyambut Hari Raya setiap kali mereka bertembung, masing-masing akan ucapkan ‘Bayraminiz Kutlu Olsun’, ‘Mutlu Bayramlar’ atau ‘Bayraminiz Mubarek Olsun’ yang bermaksud selamat merayakan Hari Raya Bayram.

China

Meskipun negara mereka bukan majoriti rakyatnya beragama Islam, namun mereka tetap menyambut Hari Raya.

Salah satu tradisi unik di China pada Aidil Fitri,ada antara mereka akan berkunjung ke perkuburan Sayyid ‘Ajjak selepas solat sunat aidilfitri.

Di sana mereka akan membaca ayat Al-Quran dan membersihkan pusara tokoh islam tersebut.

Afghanistan

Sambutan di Afghanistan boleh dikatakan cukup meriah kerana mereka akan mempersiapkan diri menantikan Syawal, 10 hari sebelum menjelang Aidilfitri. Mereka akan pastikan rumah mereka dihias indah dan meriah.

Mereka juga mempunyai hidangan khas ketika sambutan Aidilfitri, antaranya Jelabi, Shor-Nakhod dan Cake wa Kolcha.

Arab Saudi

Sambutan Hari Raya di Arab Saudi cukup meriah, tapi cara mereka menyambutnya adalah dengan mengadakan pertunjukan seni persembahan seperti teater, pembacaan puisi, perarakan muzik, tarian, dan lain-lain.

Selain itu yang menariknya lelaki di Arab Saudi akan menyumbangkan sejumlah besar beras dan makanan ruji yang lain dan diletakkan di hadapan pintu mereka yang kurang bernasib baik.

*Penerima tidak akan tau siapa pemberi.

Amerika Syarikat

Bagi beberapa kawasan berpenduduk muslim di Amerika, solat sunat Aidilfitri biasanya akan dilakukan beberapa kali agar dapat menampung jumlah jemaah yang ramai.

Malah ada juga masjid yang menyewa taman bagi memudahkan jemaah yang ramai melakukan solat sunat Aidilfitri.

Difahamkan tradisi di sana, masjid akan membuat jamuan makan sepanjang tiga hari manakala dikatakan kerajaan Amerika Syarikat akan keluarkan setem khas untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri…wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: