Travel

Ini Antara Hotel Di Malaysia Yang ‘Gulung Tikar’ Akibat Covid-19

Disebabkan penularan wabak coronavirus di seluruh dunia banyak sektor ekonomi terjejas dan jadi ‘bankrap’ ekoran wabak tersebut.

Di Malaysia juga tidak terkecuali berhadapan isu ini, bukan sahaja perniagaan kecil yang terjejas, malah sektor ekonomi besar juga ada yang terpaksa tutup berikutan Covid-19.

Berikut 5 hotel yang terpaksa tutup akibat Covid-19 :

1. Ramada Plaza Melaka Hotel

Hotel yang mempunyai kira-kira 294 bilik bertaraf 5 bintang ini mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.

2. Syeun Hotel

Salah sebuah hotel tertua di Ipoh ini mengumumkan penutupannya secara kekal pada 31 Mei ini ekoran wabak Covid-19, malah telah pun viral di media sosial.

Bukan itu sahaja, notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis, 30 April juga telah dihantar kepada kakitangan hotel itu.

3. G City Club Hotel

Hotel yang bernaung di bawah nama dagang GTower di ibu negara ini yang mempunyai 180 buah bilik mengumumkan penutupan operasi selepas sedekad, ekoran penyusutan kadar penginapan.

4. Kinta Riverfront Hotel and Suites

Hotel seterusnya ini membuat keputusan untuk menutup secara kekal ekoran masalah kewangan yang ditambah buruk lagi oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ditutup pada 30 April, merupakan hotel kedua ditutup di Ipoh ekoran PKP selepas Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupan awal bulan ini.

5. Mercury Penang Beach (P.Pinang), The Gurney Resort Hotel & Residences (P.Pinang) dan Travelodge Ipoh (Perak)

Tiga hotel di bawah kendalian Plenitude Bhd ini akhirnya mengikut jejak langkah hotel-hotel di atas untuk menutup operasi mereka serta merta, disamping mengecilkan operasi hotel lain.

Mercury Penang
The Gurney
Travelodge

Tapi masa PKP memang banyak perniagaan terjejas pun kan…

Sumber : Libur

1 comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: