Isu Semasa Malaysia

“Kematian libatkan perokok lebih tinggi”- Perokok LEBIH BERISIKO Terdedah Jangkitan Covid-19

Analisa mendapati kes kematian Covid-19 yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 17.6% berbanding bukan perokok iaitu 12.1%.

Justeru itu Kementerian Kesihatan Malaysia meminta perokok untuk berhenti daripada tabiat tersebut kerana ia berupaya meningkatkan risiko jangkitan bakteria virus semasa berdepan Covid-19 ini, lapor Malaysia Gazette.

Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataan dikeluarkan WHO baru-baru ini menjelaskan bahawa golongan perokok boleh berdepan komplikasi risiko lebih teruk sekiranya dijangkiti Covid-19, berdasarkan kajian yang dilakukan di luar negara.

“Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain,” – Dr Noor Hisham

Beliau berkata berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019), prevalen rakyat di negara ini yang menghidap darah tinggi adalah 30 peratus manakala kencing manis sebanyak 18.3 peratus.

Katanya golongan tersebut berisiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti, bayangkan jika ditambah dengan amalan merokok.

“Memandangkan 21.3 peratus rakyat Malaysia dianggarkan merokok, maka mereka lebih terdedah kepada risiko komplikasi Covid-19 berbanding mereka yang tidak merokok.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: