Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia telah menyenaraikan 10 Bandar Paling Bahagia 2019.
Bandar tersebut dipilih melalui Kajian Indeks Kebahagiaan membabitkan dua bandar yang bertaraf bandaraya, enam bandar bertaraf perbandaran dan dua bandar bertaraf majlis daerah, lapor Harian Metro.
10 Bandar Paling Bahagia 2019
Bandar Melaka, Kuala Terengganu, Seremban, Jasin, Kulai, Taiping, Bentong, Yan, Jeli dan Kuantan.


Bandar-bandar ini disenaraikan PLANMalaysia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan yang dijalankan pada 2013 hingga 2019 dengan melibatkan lebih 60,000 responden.
Bagaimana pemilihan dilakukan?
Ia dilihat berdasarkan hubungan jiran, aktiviti komuniti, kemudahan awam yang disediakan dan tahap kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara.