Isu Semasa Malaysia

Rapid KL Umum Beroperasi Secara Normal, Tiada Penjarakan Sosial Dalam Tren & Stesen Bermula Esok

Bermula esok, perkhidmatan rel Rapid KL akan beroperasi secara normal iaitu tiada lagi peraturan penjarakan sosial di dalam tren dan stesen.

Ia susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan kerajaan.

“Bermula esok, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh – Kajang dan Laluan Monorel dikendalikan Rapid Rail akan menamatkan arahan penjarakan sosial di dalam tren.

“Tanda-tanda penjarakan sosial di dalam tren dan stesen sudah pun dikeluarkan namun prosedur keselamatan dan kesihatan sedia ada akan diteruskan,”

Ketua Pengarah Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan berkata langkah itu sejajar dengan SOP dikeluarkan Kementerian Pengangkutan untuk PKPP, iaitu membenarkan kapasiti 100 peratus bagi semua perkhidmatan rel kecuali ETS dan KTM intercity, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun pada masa sama beliau berharap pengguna dapat disiplinkan diri dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

“Prosedur keselamatan dan kesihatan untuk menggunakan perkhidmatan rel adalah pengambilan suhu pekerja dan penumpang.

“Pekerja atau penumpang yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah selsius tidak akan dibenarkan masuk dan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.

“Selain itu, pemakaian pelitup muka adalah wajib kepada semua pekerja dan penumpang semasa berada di dalam sistem pengangkutan awam termasuk penggunaan cecair pembasmi kuman,”

Katanya penggunaan transaksi bukan tunai seperti Touch N Go dan pas bulanan adalah digalakkan.

Rapid Rail menjangkakan dapat tingkatkan kembali jumlah penumpang kepada 750,000 sehari berbanding 200,000 sehari ketika PKP Bersyarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: