Isu kemalangan membabitkan pemandu mabuk sememangnya sensitif khususnya dalam kalangan rakyat di negara ini. Ramai menuntut supaya golongan tersebut dikenakan hukuman berat, sehingga ada yang meminta hukuman mati dikenakan kepada golongan ini.
Bagaimanapun ini jawapan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung perkara tersebut…
“Masyarakat tidak harus terburu-buru mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.”

Beliau berkata meskipun masyarakat mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman mati, kementerian sebaliknya berpendapat perkara ini perlu mengikut lunas undang-undang, lapor Sinar Harian.
“Jika Seksyen 302 (Kanun Keseksaan) digunakan, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk itu ada niat untuk membunuh.
“Kita tidak mahu mereka terlepas kerana niat itu tidak dapat dibuktikan. Jadi kita perlu mengikut lunas undang-undang. Betul kita geram tetapi tidak boleh ambil tindakan melulu,”
Justeru itu Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan sebarang pindaan akta ke atas undang-undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk, ia termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya telah mengemaskini semua seksyen yang berkaitan dan senaraikan apa perkara yang perlu dipinda dalam rang undang-undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Pindaan tersebut bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu melulu.
Undang2 jangan berat sebelah apa yang mangsa kemalangan itu dapat tak dibela ke dimana keadilan demi masa depan keluarga khususnya tanggungan si mangsa……pikir pikirkan
LikeLike