Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic disahkan positif Covid-19 selepas beraksi dalam satu kejohanan pertunjukan di Croatia minggu lalu.
Isterinya, Jelena juga disahkan positif Covid-19 bagaimanapun anak-anak mereka bebas daripada pandemik tersebut.
Keputusan itu diketahui selepas mereka sekeluarga menjalani ujian Covid-19 pada Isnin lalu selepas sekembalinya mereka dari Belgrade.
Menurut sumber selain Djokociv beberapa pemain lain turut dijangkiti wabak tersebut iaitu Borna Coric (Croatia), Grigor Dimitrov (Bulgaria) dan Viktor Troicki (Serbia), selepas beraksi pada kejohanan pertunjukan tersebut yang dikenali sebagai Jelajah Djokovic Adria.
“Kami menganjurkan kejohanan pada saat virus itu semakin lemah. Malangnya, virus ini masih ada dan ia adalah situasi baharu yang perlu kita pelajari dan hadapi.
“Saya sangat menyesal dengan setiap kes jangkitan yang berlaku. Saya harap ia tidak akan merumitkan keadaan kesihatan seseorang dan semua orang akan berada dalam keadaan baik saja.
“Saya akan mengasingkan diri selama 14 hari akan datang dan melakukan ujian semula dalam masa lima hari lagi,”- Djokovic
Ujarnya penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengumpulkan dana kepada pemain yang terkesan akibat Covid-19.
Sumber : Sinar Harian