Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Selangor semalam memutuskan Bukit Broga di Semenyih ditutup selama 2 minggu bermula Sabtu ini, 27 Jun daripada sebarang aktiviti pendakian.
Keputusan itu diambil susulan perlanggaran prosedur Operasi Standard (SOP) di kawasan rekreasi tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Langat, Yusri Zakariah dalam satu kenyataan berkata…
“Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 7)2020.
“Agensi-agensi berkaitan juga diminta membuat hebahan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan,”
Sebelum ini pada 22 Jun, viral berkenaan kesesakan di Bukit Broga di Semenyih selepas dikunjungi ramai orang bagi melakukan rekreasi di kawasan berkenaan.
Difahamkan yang kawasan dibawah seliaan MPKJ itu tidak menempatkan pegawai yang khusus di kawasan tersebut memandangkan kawalan laluan masuk dilakukan pemilik tanah dan pengendali kawasan parkir.
Sumber : Harian Metro