Inspirasi WOW

“Hang Tuah tak wujud, hanya sekadar mitos”- Profesor Ini Bagi Sebab Kenapa…

Sehingga kini masih lagi berlaku perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah. Adakah Hang Tuah benar-benar wujud atau hanya sekadar mitos atau cerita dongeng dahulu kala.

Namun penulis tertarik dengan fakta dan hujah yang dikemukakan seorang pakar sejarah iaitu Prof Emeritus Dr Ahmat Adam mengenai Hang Tuah.

Dakwanya Hang Tuah tidak wujud berdasarkan 3 hujah utama iaitu :

  1. Perkataan Tuah hanya wujud pada abad ke-18 masihi

Menurut Prof Dr Ahmat Adam persoalan pertama ialah berkenaan nama Hang Tuah yang disifatkan sebagai tidak munasabah kerana istilah ‘Tuah’ yang bermakna nasib baik atau untung, belum wujud sebelum abad ke-18.

Malah ia dikuatkan lagi dengan melihatkan kepada kajian Firologi dan perbandingan yang dilakukan ke atas semua karya sejarah melayu.

Namun tidak menolak kemungkinan ‘salah baca perkataan jawi’.

Menurut Profesor Dr Ahmat Adam perkataan ta, wau dan ha itu harus disebut sebagai Tuha atau Toh. Dalam istilah Jawa kuno perkataan Tuhan bermaksud pemimpin berkaliber dan Toh bermaksud sandaran raja.

  1. Pantang larang tentang nama

Memetik kajian sosiobudaya melayu di nusantara, Profesor Dr Ahmat berkata penggunaan nama sebenar masyarakat melayu adalah dilarang jadi tidak mungkin nama Laksamana Melaka itu dinyatakan.

Sebab itu wujud perkataan Laksamana yang bermaksud pengikut raja yang setia namun ia tidak merujuk khusus kepada Hang Tuah semata-mata.

  1. Pengaruh panji atau mitos

Mungkin kedengaran agak panas tapi menurut Profesor Dr Ahmat Adam, peristiwa yang tergambar dalam sejarah melayu hanyalah rekaan semata-mata termasuk Hang Tuah Lima Bersaudara.

Malah ketika kunjungan Sultan Mansur Syah ke Majapahit yang dikatakan untuk meminang Puteri Jawa dan segala peristiwa yang berlaku ketika Hang Tuah bersama rombongan tersebyt juga dikatakan sebagai dongeng dan rekaan.

Gambar hiasan

Mesti ramai yang persoalkan kenapa Profesor Dr Ahmat Adam berkata demikian…

Ini tidak mungkin berlaku sebab semasa zaman pemerintahan sultan mansur syah sedang berlaku perang saudara di majapahit manakala peristiwa Patih Gajah Mada yang mengarahkan Taming Sari untuk membunuh hang tuah dicatatkan dalam sejarah telah mati pada tahun 1364 tetapi melaka hanya dibuka pada awal abad ke-15.

Bukan itu sahaja, dikatakan juga watak-watak sahabat Hang Tuah diambil dari hikayat Pandawa, manakala keris sakti Taming Sari milik Hang Tuah dikatakan diadaptasi dari kisah Keris Kalasani milik Raden Inu Kertapati, salah satu cerita dari kisah panji di Jawa Timur.

Sumber : ML studios

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: