WOW

“Manusia boleh kawal cuaca”- Ini 4 Ramalan Pelik Yang Didakwa Akan Berlaku Tahun 2020

Dulu-dulu masa kecik kita selalu dengar pasal tahun 2020, dikatakan sebagai tahun yang berteknologi tinggi, serba serbi canggih. Ada kereta terbang, terowong terapung dan macam-macam lagi lah.

Tapi korang pernah dengar tak pasal jangkaan-jangkaan yang akan berlaku pada 2020? Kalau belum meh penulis kongsi

4 Ramalan Pelik Tahun 2020

1. No more Whatsapp! Manusia boleh ber’telepati & teleportasi’

Gambar hiasan

Dikatakan dalam buku Shift 2020 : How Technology Will Impact Our Future, Michael J. O’Farrell yang merupakan pengasas The Mobile Institut dan pakar industri teknologi sejak 1985 ada membuat ramalan.

Katanya tahun 2020 merupakan permulaan kepada ‘era nanomobil’

Dikatakan bahawa telepati (komunikasi menggunakan minda) dan teleportasi (keupayaan hantar seseorang atau objek dari satu tempat ke tempat lain) mungkin ada pada tahun 2020.

Fuhhh! Kalau betul-betul ada ni memang awesome ah!

2. Rumah terbang ala ‘doraemon’, boleh pergi kemana sahaja!

Gambar hiasan

Ada ramalan yang mengatakan rumah-rumah masa depan abad ke-21 tidak akan berada di atas tanah, sebaliknya terbang ke mana sahaja mengikut kehendak pemilik.

Pencipta, penulis sains dan futurisme, Arthur C. Clarke percaya rumah akan kelihatan sangat berbeza bila memasuki abad-21.

Bukan sahaja rumah boleh berpindah randah tanpa korang keluar dari rumah, tapi rumah-rumah ini diramalkan boleh berpindah seramai ‘berjemaah’ maksudnya seluruh kejiranan korang, menurut iluminasi.

Wow bukan!

3. Tiada lagi huruf C,X dan Q

Gambar hiasan

Dianggap sebagai huruf yang tak relevan, John Elfreth Watkins Jr memetik Jurnal Home Ladies tahun 1900 mengatakan C, X dan Q tidak akan wujud lagi sebagai abjad seharian kita.

Bagaimana pun ramai anggap ramalan ni liar sebab kebanyakan tulisan rumi guna tiga-tiga huruf ini dan kalau nak hapuskannya perlukan persetujuan ramai.

4. Jadi kaya hanya goyang kaki, jana gaji purata hingga RM160,000

Jangan tak percaya, ramalan mengatakan yang hanya goyang kaki, sebuah keluarga biasa yang tak bekerja boleh mendapat gaji purata antara RM120,000 hingga RM160,000.

Pada tahun 1966, majalah Time ada laporkan yang abad ke-21 akan jadi zaman yang hebat bagi semua orang.

Gambar hiasan

Menurut esei The Futurists, penghasilan mesin yang banyak akan memudahkan ramai orang sehingga bilangan yang kaya raya akan bertambah!

Maksudnya mesin yang akan buat semua kerja dan manusia hanya goyang kaki, duit tetap masuk!

Malah ada ramalan kata abad ke-21 ni, manusia siap boleh kawal cuaca lagi weh!

Bila difikirkan balik, kan best kalau ramalan tu semua jadi kenyataan tapi hakikatnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: