WOW

Masjid Pink Dimaukom Ampatuan, Lambang Cinta Dan Perpaduan Agama Di Filipina

Jarang kita tengok Masjid berwarna pink terang kan? Kalau kita tengok kebanyakan warna masjid sama ada putih, hijau, biru atau warna-warna yang lembut.

Kat Malaysia antara Masjid Pink yang popular tentunya Masjid Putra di Putrajaya, itu pun bukan Pink betul, sebaliknya berwarna kemerah-merahan.

Kalau korang rasa Masjid Putra itu dah pink, apa kata korang tengok Masjid Dimaukom Ampatuan di Selatan Filipina ini.

Masjid ini dibina pada tahun 2011 dan siap pada 2013 atas perintah Datuk Bandar Datu Saudi Ampatuan iaitu Samsodin Dimaukom…sebab itu nama masjid ini Dimaukom, diambil dari nama Datuk Bandar tersebut.

Bukan sahaja bahagian luar dan dalam masjid ini berwarna pink, malah kawasan sekeliling masjid ini juga berwarna pink. Bermula dari pink muda hinggalah pink yang mencolok mata seperti barbie.

Antaranya pintu gerbang, pagar masjid, pejabat polis, malah pengunjung atau murid yang belajar mengaji juga dikatakan harus memakai pink.

Mesti korang pelik kenapa Datuk Bandar pilih warna pink kan?

“Pink merupakan warna kegemaran beliau dan isterinya, selain itu katanya pink melambangkan kedamaian dan cinta. Cinta kepada Allah, sesama manusia dan cinta kepada negara.”

Menurut sumber, yang istimewanya masjid ini selain daripada warnanya yang pink terang, dikatakan pembinaan masjid ini juga melibatkan pekerja-pekerja yang kebanyakkan beragama kristian…wow!

Lebih menarik mereka juga membina masjid tersebut atas dasar sukarela tanpa meminta sedikitpun bayaran atas tenaga mereka. Perkara ini dilakukan demi semangat persaudaraan, perdamaian dan harmoni diantara mereka.

Sebab itu Masjid Dimaukom Ampatuan jadi lambang kesatuan dan persaudaraan masyarakat pelbagai agama di kawasan tersebut, lapor gomuslim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: