Viral

“Mak kau bangkit ke kalau kau pergi upacara pengebumian dia?”- Alasan Bos Reject Cuti Pekerja

Sudah menjadi amalan dan kewajipan di setiap syarikat untuk memberikan cuti kepada pekerja sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Namun sebuah syarikat di Thailand ini melakukan sebaliknya apabila bos syarikat tersebut mempersoalkan permohonan cuti pekerjanya yang ingin menghadiri upacara pengebumian ibunya.

Menurut WORLD OF BUZZ baru-baru ini, kecoh di twitter apabila seorang individu telah memuat naik status selepas bos di tempat dia bekerja tanpa belas kasihan tidak meluluskan cuti selepas ibunya meninggal dunia.

Weh bos spesis ape ni, macam mana kalau mak dia yang meninggal? Admin plak yang panas aishh..

Kata-Kata Bos Tak Berhati Perut Yang Menyakitkan Hati

Ini merupakan antara kata-kata yang dilemparkan bos di tempat dia bekerja, selepas dia menghantar surat permohonan cuti.

“Mak Kau Bangkit Ke Kalau Kau Pergi Upacara Pengebumian Dia?” Kalau Kau Tak Pergi, Diorang Tetap Teruskan Upacara Kan?

“Kau Tak Dibenarkan Untuk Ambil Cuti!”

Malah, apa yang lebih mengejutkan bos yang tak berhati perut tu berkata gaji dia akan dipotong sekiranya dia mengambil keputusan untuk pergi ke upacara tersebut dan tidak datang ke pejabat.

Kalau admin, elok bos perangai macam ni kita campak dalam sangkar buaya, biar buaya baham dia ramai-ramai.

Tak Jadi Mohon Cuti, Terus Hantar Surat Berhenti

Perkara itu telah membuatkan pekerja tersebut berasa kecewa dan marah pada masa yang sama.

So daripada menghantar permohonan cuti, pekerja tersebut ambil keputusan untuk menyerahkan surat berhenti kerja kepada bosnya..Tindakan yang bijak!

Selepas tweet tersebut viral di media sosial, rata-rata netizen menyokong keputusan lelaki tersebut untuk meninggalkan syarikat tempat dia bekerja.

Netizen Kongsi Kisah Layanan Sama Daripada Bos

Malah ramai juga netizen yang berkongsi kisah mereka di ruangan komen status tersebut.

Satu kisah yang menarik perhatian ialah tentang seorang lelaki yang dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan, ketika lelaki itu sedang dibawa ke dewan bedah, bosnya meminta dia untuk kembali ke pejabat dan membuat pembentangan powerpoint.

“Saya berada di hospital untuk seminggu dan langsung tidak menerima sebarang panggilan telefon atau well wishes dari bos” 

Manusia jenis macam ni pun ade rupanya ingatkan dah pupus dah, bukan apa sebagai bos kita kena juga ada sifat tolak ansur dengan pekerja kita, takkan asyik nak buat muka singa je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: