Inspirasi WOW

Peguam Kongsi 3 Perkara MESTI Dibuat Kalau Dilanggar Pemandu Yang Tiada Lesen dan ‘Road Tax’.

Orang kata malang tidak berbau, seboleh-bolehnya ketika menaiki kenderaan kita akan memastikan keselamatan pemandu dan penumpang adalah yang paling utama, namun siapa kita untuk melawan ketentuan-Nya.

Kadangkala, meskipun kita berhati-hati dalam pemanduan kemalangan boleh terjadi kalau pemandu lain cuai di atas jalan raya.

Bila berlakunya kemalangan pasti mangsa akan trauma dan berfikir di luar kewarasan dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan.

Namun bagaimana sekiranya kemalangan yang bukan disebabkan oleh kita, sebaliknya dilakukan oleh kenderaan lain?

Lebih teruk lagi pemandu tersebut tidak mempunyai lesen, insurans dan cukai jalan.

Ini dia 3 Tips berguna untuk korang gunakan sekiranya menghadapi situasi tersebut, hasil perkongsian peguam Nor Zabetha. atleast kita tau nak buat apa dan tak ada la blur sangat.

Sumber : Google

1. Apa nak buat? Nak claim pada siapa kalau hal ini terjadi?

Biasanya bila berhadapan dengan situasi tersebut kita akan ‘consider’ banyak benda antaranya especially boleh ke kita membuat sebarang tuntutan? Yelah, pemandu dah la tak ada lesen, insurans kenderaan pun tak ada.

Jangan risau, sebab korang tetap boleh ‘claim’ kerana kemalangan telah berlaku dan anda telah mengalami kerugian disebabkan kemalangan tersebut (terutamanya bila kereta rosak teruk).

‘Of course’ anda boleh claim daripada individu yang melanggar anda pada ketika itu dan kepada pemilik kenderaan (jika pemandu bukan pemilik kenderaan). Kerana mereka tidak dilindungi, so korang boleh saman atas kapasiti persendirian.

Menurut Nor Zabethe, sekiranya korang menang tuntutan dan mahkamah memerintahkan mereka untur membayar tetapi mereka ingkar untuk bayar, korang jangan risau sebab boleh cuba ‘recover’ jumlah tersebut melalui prosiding seperti penyitaan barangan, kebankrapan dan lain-lain.

2. Dapatkan butiran pemandu dan kenderaan.

Ini merupakan perkara paling mustahak, ‘make sure’ korang dapatkan maklumat pemandu supaya senang proses seterusnya. Contohnya kalau korang nak saman pemandu tersebut, nama dan maklumat pemandu amat diperlukan kalau tak susah la korang nak ‘proceed’.

Ini antara benda yang korang kena buat.

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar dan gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis)

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PALING PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar (nama penuh), kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik

5) Buat laporan polis bagi kmlngan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kmlngan dan membuat laporan penuh serta lakaran kmlngan.

6) Hubungi pihak insurans anda.

3. Elakkan ‘settle luar’ sebab pihak tersebut larikan diri..

Pastikan korang selesaikan urusan pembaikian kenderaan terlebih dahulu then lantik peguam dan mulakan tindakan di mahkamah.

Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

PENTING!

Elakkan settle kat luar sebab kebanyakkan kes, selepas pihak-pihak tidak membuat laporan polis. Pihak yang berjanji hendak buat settlement akan cabut lari.

Haa..lepas ni boleh lah praktikkan ape yang dikongsikan ni, mana tau lepas ni korang berhadapan dengan situasi seperti diatas ke, siapa tahu kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: