WOW

Tongue Twister! Cuba Sebut Nama Tempat Di Jepun Ini Laju-laju Kalau Anda Hebat

Sebelum ini pernah viral game ‘tongue twister’ yang memerlukan individu menyebut sesuatu ayat level susah giler dengan laju-laju, confirm ramai yang fail!

So mungkin korang boleh uji kehebatan mulut korang tu dengan cuba menyebut perkataan di bawah ni laju-laju…

SHIBUSHI-SHI SHIBUSHI-CHO SHIBUSHI NO SHIBUSHI SHIYAKUSHO SHIBUSHI SHISHO.

So macam mana? Boleh ke tak?

Untuk pengetahuan korang, ayat kat atas tu bukan sengaja direka untuk main tongue twister, sebaliknya ia merupakan sebuah nama pusat sokongan perbandaran di Jepun.

Terletak dalam daerah Shibushi, di wilayah Kagoshima. Bangunan ini sebenarnya dikenali sebagai antara bangunan yangikonik dalam kalangan penduduk tempatan ekorang namanya yang ‘rare’

Sebab apa rare? Ini maksud perkataan kat ada yang dah penulis translate

‘Pejabat Majlis Perbandaran Shibushi Cawangan Shibushi, Bandar Shibushi, Shibushi, Bandaraya Shibushi’.

Mesti korang pelik kan kenapa banyak sangat bunyi shi dan sho yang diulang-ulang dalam perkataan kat atas tu.

Untuk makluman, ‘Shi’ dalam bahasa Jepun bermaksud bandaraya, sementara ‘Shisho’ pula bermaksud cawangan.

HASIL GABUNGAN 3 BANDAR DI JEPUN

Sejarahnya, sewaktu 3 bandar iaitu Ariake, Matsuyama dan Shibushi digabung pada 2006, hasil gabungan itu dipanggil Bandaraya Shibushi. So daerah Shibushi terletak dalam bandaraya Shibushi.

Shibushi dalam Shibushi.

Yang menjadikan tempat ini dikenali ramai dan popular khususnya dalam kalangan masyarakat luar Jepun bila pada 1 Januari lalu, ada keluar laporan berita yang memaklumkan pejabat cawangan itu akan dinaiktaraf menjadi pejabat utama.

Berita biasa je kan?

Tapi disebabkan namanya yang unik dan berbelit-belit, tak pasal-pasal bangunan ini menjadi popular di seluruh Jepun.

Bagaimanapun namanya diubah sedikit pada bahagian akhir menjadi

‘Shibushi-shi Shibushi-cho Shibushi no Shiyakusho Shibushi Honco’.

Shisho sebelum ini ditukar kepada Honcho, dengan Cho bermaksud agensi.

Sumber : Soranews24 , Rancaktv

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: