Mistik

Kisah Mak Lampir Yang Ramai Tak Tahu! Rupanya Puteri Jelita Dari K’jaan Champa, Bertukar Hodoh Kerana Cinta?

Farida Pasha yang terkenal kerana watak ‘Mak Lampir’ dilaporkan meninggal dunia pada 16 Januari lalu akibat Covid-19. Ramai terkejut dengan pemergian pelakon veteran tersebut.

Malam drama bersiri Misteri Gunung Berapi pada tahun 1998 sehingga kini masih diingati bukan sahaja di Indonesia malah negara serumpun turut menonton drama bersiri tersebut.

*Sekarang cerita tu dah diadaptasi kepada Misteri Gunung Merapi

Namun persoalannya benarkah Mak Lampir itu wujud? Siapakah sebenarnya Mak Lampir? Wanita yang bermuka hodoh dan seram, berambut hitam, bertongkat dan bersuara menakutkan ini.

Meskipun ramai yang membencinya kerana watak jahat dan ganas, namun ada kisah sedih yang ramai tak tahu mengenai Mak Lampir. Adakah asalnya dia begitu? atau ada sebab dia menjadi sedemikian rupa?

MAK LAMPIR SEBENARNYA PUTERI JELITA DARI KERAJAAN CHAMPA

Menurut lagenda, Mak Lampir sebenarnya sewaktu mudanya seorang puteri yang sangat jelita dari kerajaan kuno Vietnam Champa atau nama lainnya ‘Chiem Tanh‘.

Nama asalnya ialah Siti Lampir Maemunah. Seorang gadis yang sangat sopan, lemah lembut dan pemalu.

Ketika menginjak dewasa Siti Lampir ni dah jatuh cinta dengan seorang bangsawan terkaya pada waktu itu yang dikenali sebagai Datuk Panglima Kumbang.

Cinta tak bertepuk sebelah tangan, Datuk Panglima Kumbang ni pun syok juga dengan Siti Lampir, namun asmara cinta mereka ini ditentang oleh ibu bapa Datuk Panglima Kumbang, yang tak merestui hubungan mereka berdua.

Disebabkan kecewa (merajuk sebenarnya), Siti Lampir membawa diri ke Gunung Merapi, Jawa Tengah Indonesia untuk bertafakur.

Nak dijadikan cerita, ketika Siti Lampir di gunung tersebut dia telah berjumpa dengan seorang mahaguru bernama Nenek Serintil dan kemudian menjadi anak murid wanita itu. Menurut sumber wanita itu mempunyai ilmu sakti kebal dari aliran hitam Anggrek Jingga.

Disebabkan jadi anak murid kepada Nenek Serintil ini, maka Siti Lampir juga diperturunkan ilmu sakti sehingga dia berjaya jadi manusia kebal.

Bermula dari sinilah, dia ditakuti dan digeruni penduduk gunung kerana kuasa sakti yang dimilikinya.

Macam mana muka Mak Lampir jadi hodoh dan menakutkan?

Disinilah cerita bermula, walaupun dia masih merajuk dengan Datuk Panglima Kumbang, namun rasa cinta tu masih membara. Disebabkan itu Siti Lampir berhasrat untuk mencari kekasih hatinya itu di seluruh alam termasuk alam bunian.

Namun…

Berderau jantung Mak Lampir apabila dapat tahu yang Datuk Panglima Kumbang maut di medan perang.

*Ada 2 cerita,ada yang mengatakan Siti Lampir sempat jumpa kekasihnya itu di medan perang sebelum maut, ada juga yang mengatakan tak sempat.

Disebabkan dia terlalu mencintai Datuk Panglima Kumbang dan tidak sanggup melihat kekasih hatinya itu pergi buat selama-lamanya dia pergi bertemu Nenek Serintil.

Wanita itu memberikannya kuasa untuk menghidupkan semula kekasih hatinya dan bala tentera yang terkorban tapi dengan 1 syarat iaitu

“Wajah jelitanya akan berubah menjadi buruk dan hodoh”

CINTA DITOLAK SELEPAS WAJAH BERUBAH RUPA

Kerana cinta dia sanggup dengan syarat tersebut, lagipun dia percaya yang Datuk Panglima Kumbang akan tetap mencintainya meskipun wajahnya berubah buruk. Namun lain pula yang jadi.

Disebabkan amarah dengan perilaku Datuk Panglima Kumbang, Siti Lampir kembali ke Gunung Merapi dan berjumpa dengan jin untuk medapat kuasa yang lebih hebat.

Dengan kesaktiannya itu, dia kemudiannya menghapuskan Datuk Panglima Kumbang dan bala tentera kekasihnya itu.

Pertarungan pasangan kekasih ini dikenali sebagai ‘Pertempuran Ghaib’.

Dikatakan sejak dari itu Mak Lampir sangat ditakuti penduduk sekitar Pulau Jawa ekoran kuasa sakti yang dimiliki.

Mak Lampir menjadikan Gunung Merapi sebagai tempat tinggalnya dan mendirikan kerajaan ghaib di kawasan itu. Malah dikatakan juga dia hidup di dunia selama beratus tahun dan ada pendapat mengatakan dia masih hidup hingga sekarang dan mengganggu pasangan sejoli yang berasmara di sekitar gunung tersebut.

Itulah sedikit sebanyak kisah lagenda Mak Lampir, betul atau tak wallahualam.

Sumber : soscili

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: